Friday, 23 September 2011

Perhebatkan Usaha Dalam Membina Potensi Belia Masa Kini.

Alhamdulillah, sebagaimana yang kita ketahui Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA  ) terus mengorak langkah perjuangan untuk memastikan belia-belia pada hari ini terus tidak hanyut dalam dunia yang penuh global dan mencabar.

Dikesempatan ini, salah seorang tokoh beliawanis kita telah memberi sedikit ruang untuk berkongsi  pengalaman dan idea-idea baru untuk memberi  semangat kepada golongan beliawanis hari ini untuk terus maju mengorak langkah kehadapan dalam dakwah. Beliau ialah saudari Nurul Nurul Izza Binti M. Zahidi.

Saudari Izza mengagumi semangat yang ada pada belia sekarang dengan penubuhan pelbagai laman web seperti ini lebih mengalakkan lagi belia-belia mengetahui apa yang matlamat sebenar yang ingin disampaikan.

Beliau berkata : “ Secara jujurnya, saya memang menggagumi bakat, usaha dan potensi yang ada pada diri setiap wanita dan beliawanis ISMA Kelantan.Tahniah di atas usaha anda semua untuk mewujudkan dan memajukan blog ini. Hakikatnya, untuk mewujudkan blog hanya memakan masa selama seminggu atau pun dua minggu tetapi cabaran yang besar terletak selepas penubuhannya, iaitu untuk mengekalaktifkan blog ini.

Sepertimana seorang hafiz/hafizah, untuk menghafal 30 juzuk Insya Allah mudah, tetapi cabarannya adalah bagaimana untuk  mengingatinya sampai ruh terpisah dari jasadnya. Wallahu’alam. Dengan penubuhan blog ini, ia merupakan satu cabaran yang menuntut komitmen yang mantap dari setiap ahli ISMA Kelantan untuk mengekalaktifkannya”.



Dan beliau juga mencadangkan: “ Cuma, untuk kebaikan bersama, saya cadangkan agar tetapkan halatuju penubuhan blog ini, contohnya, blog ini hanya sebagai berita alam maya tentang aktiviti ISMA dan PEMBINA ataupun juga sebagai medan menggilap potensi setiap ahli dengan mengadakan ruang karya kreatif, kartun dsb ataupun juga sebagai ruang rujukan ilmu-ilmu islami dengan memuatkan lebih banyak lagi teks tazkirah-tazkirah, e-books dan seumpamanya”.
Selain itu juga apabila ditanya mengenai bagaimana kita nak memupuk semangat terus berjuang di hati belia sekarang? Beliau memberitahu semangat perjuangan boleh diibaratkan seperti iman yang ada gelombang naik dan turunnya.

Tidak selamanya semangat itu akan terus membara dan terus marak demi sebuah perjuangan menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Adakalanya, semangat itu menjadi pudar lantaran hambatan masa dan kesibukan duniawi.

Cuma, di kala semangat itu merundum, ayuh, carikan sahabat yang boleh menuntun kita untuk menghidupkan kembali semangat yang pudar. Jangan biarkan semangat itu padam dan terus menyepi. Dengan erti kata lain, perjuangan kita bukan didasari oleh semangat individu tetapi perjuangan kita adalah atas dasar berjemaah.

Serigala hanya memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya, bukannya kambing yang berada dalam kumpulannya. Jadi, eratkan ukhuwwah sesama kita demi menjaga kelangsungan sebuah perjuangan. Jangan bersikap nafsi-nafsi dalam memacu medan dakwah ini.

Yang keduanya, pastikan ruhhiyyah seorang pejuang itu mantap dan terus mantap selagi mana bergelar seorang daie ilallah. Apabila ruhi kita hebat, Insya Allah, semangat kita terus membara kerana ruhi yang tinggi akan mendekatkan diri kita pada Rabbul Jalil. Lantaran itu, tiada putus asa dalam kamus perjuangan ini.




Disediakan oleh :

Noor Aisyah Bt Ismail@Hassan
Wartawan Media Pembina


Nor Shahida Abd Gani
Editor

No comments:

Post a Comment