Tuesday, 28 June 2011

Perkhemahan Wanita ISMA Kelantan 2011

Bachok, 23-25 Jun "Ukhuwah Mantap Dakwah Perkasa" merupakan tema bagi perkhemahan wanita ISMA cawangan Kelantan bertempat di Sri Muara Resort, Bachok.
         Perkhemahan ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu membina jatidiri individu muslim dan membina ukhuwah yang mantap.
        Turut sama turun padang dalam menjayakan perkhemahan ini ialah Ketua Wanita ISMA cawangan Kelantan Ustazah Wan 'Azilah Bt Wan Abdullah. Beliau telah membentangkan bahawa perlunya seseorang pendakwah itu, memenuhi 10 ciri-ciri peribadi muslim dalam menyusuri jalan dakwah.  Pembentangan ini telah disahut dengan penuh bersemangat oleh 36 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah di susun bagi melahirkan individu yang kuat dan bercita-cita tinggi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah 'Eksplorace' , 'War games' , 'team building games' serta kawad kaki. Disamping itu juga, malam kesenian Islam turut diadakan dengan bertemakan " Kenali peribadiku ". Tema ini berkisarkan mengenali sahabat-sahabat nabi dengan lebih dekat lagi supaya peserta dapat mencontohi mereka.




Antara aktiviti yang dijalankan :


"Subhanallah, indah alam ciptaan-MU"
membaca zikir mathurat sambil berdiri menghadap pantai.



"Apa yang penting ! kerjasama...."



Ketua Wanita ISMA Kelantan, Ustzh. Wan 'Azilah Bt Wan Abdullah




" Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"



" di uji ketahanan mental dan fizikal "
mencari telur penyu di bawah sinaran matahari yang terik




  "upgrade skill memasak"
hanya di beri bahan mentah, 2 buah pestin dan 1 kotak mancis



"War Games"




"War Games II"

Semoga apa yang kita usahakan di berkati Allah swt serta di beri kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan ini.



Disediakan oleh :

Hasnida Husain
Wartawan Media Wanita ISMA

Nordie Hashim
Nurul Sakinah Hassan
Jurufoto

Nor Shahida Abd Gani
Editor

No comments:

Post a Comment