BESUT, 30 Oktober 2011- Akhlak yang mantap merupakan kunci utama dalam membentuk keperibadian seorang daei serta tunjang dalam mengembangkan dakwah.Kem Daie Cemerlang telah dilaksanakan baru-baru ini. Kem ini bertujuan memberi pengetahuan tentang peranan seorang daei di zaman yang penuh cabaran ini. Kem ini telah berlangsung dengan kehadiran seramai 33 orang peserta beliawanis.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah permainan ukhuwah, muhasabah diri dan pengisian yang bermanfaat.