Friday, 27 January 2012

Keimanan asas kebahagiaan


KOTA BHARU, 27 Jan – Hakikat kebahagiaan bukan pada banyaknya harta tapi dengan tunduk dan patuh kepada Allah swt jelas Ustazah Rohana Yahya.

Ketua Tarbiyah Wanita Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) cawangan Kelantan berkata demikian dalam sesi tazkirah ketika Program Qiamullail Wanita ISMA Kelantan hari ini.

“Kebahagiaan tidak akan dicapai hanya dengan kemewahan harta, rumah dan syahwat semata-mata”, ujarnya.

Tambah beliau lagi, kebahagiaan itu dapat dicapai apabila ketaatan kepada Allah swt melampaui dan mencapai jangkauannya.

Beliau juga mengingatkan hadirin yang hadir dengan memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna, “Saya telah banyak mengkaji, banyak mencuba, banyak bergaul dan mengalami pelbagai peristiwa.

“Hasil dari tinjauan yang pendek tempohnya tetapi panjang peringkatnya ini, saya mendapat iktikad yang teguh dan tidak bergoncang bahawa kebahagiaan yang didambakan oleh seluruh manusia terdapat di dalam jiwa dan hati mereka sendiri, tidak datang dari luar jiwa ini selama-lamanya.”

Hati yang sentiasa berhubung dengan Allah adalah punca kepada segala kebahagiaan, tegas Ustazah Rohana.


Disediakan oleh :
Nor Shahida Abd Gani
Wartawan Media ISMA

Thursday, 26 January 2012

Mahasiswa mendekati PEMBINA untuk kenal Islam

PASIR PUTEH, 18 Jan - Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ) dilihat sebagai titik permulaan
dalam memahami Islam dikalangan masyarakat khususnya mahasiswa ujar Sala Norhazura.

Ketua Beliawanis PEMBINA Kelantan berkata demikian ketika membuat pembentangan kenali PEMBINA
dalam program 3 R, Riang Ria Riadah anjuran Beliawanis PEMBINA Kelantan baru-baru ini.


Katanya lagi, hal ini bertepatan dengan visi PEMBINA itu sendiri iaitu menjadi peneraju
aktivisme belia Islam melalui pemuliharaan dan pembangunan belia Islam.

" PEMBINA merupakan salah satu wadah untuk sampai ke matlamat utama yakni Islam.

Ketika golongan belia sedang tercari-cari  halatuju, PEMBINA hadir dalam membantu
mereka mengenali Islam yang sebenar." jelasnya.


Disediakan oleh :
Nor Shahida Abd Gani
Wartawan Media PEMBINA

Wednesday, 4 January 2012

Guna tenaga seoptima mungkin – Ustazah Wan Azilah


BANGI, 2 Januari – Ahli-ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) digesa menggunakan tenaga seoptima mungkin bagi merealisasikan objektif ISMA untuk tahun 2012, tegas Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah.
Ketua Wanita ISMA Kelantan itu berkata demikian ketika ditemubual wartawan Media ISMA berhubung harapan beliau untuk tahun 2012.
Katanya, kerjasama kukuh di kalangan ahli ISMA merupakan perkara pokok dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif, kerana kerja yang susah akan menjadi mudah apabila semua ahli memainkan peranan masing-masing.
Dalam pada itu, Ustazah Wan Azilah menyeru setiap ahli ISMA agar peka dengan isu semasa yang berlaku supaya sentiasa terkehadapan.
Contohnya, ahli ISMA perlu prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat sekitarnya seperti pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan sebagainya, kata beliau.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap semua ahli ISMA terutama wanita akan terus melangkah dengan lebih yakin dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran supaya fikrah ISMA akan diterima masyarakat di seluruh negara.
Disediakan oleh:
Nor Shahida Abd Gani & Norhaizan Razali,
Wartawan Media ISMA