Friday, 23 September 2011

Pemantapan Ilmu Melahirkan Penyampai Maklumat yang Berintergriti.





Pasir Puteh , 22 September : Pemantapan ilmu pengetahuan dan kemahiran menyebarluaskan maklumat dalam pelbagai bidang merupakan tunjang utama dalam melahirkan wartawan yang cemerlang. 

Sehubungan dengan itu, satu bengkel kewartawanan telah diadakan di Tadika Cemerlang Nur Mawaddah, Pasir Puteh bagi memantapkan lagi keupayaan  setiap peserta dalam menghasilkan berita-berita yang bernas dan menarik. 

Seramai 10 peserta telah mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Biro Media Wanita ISMA cawangan Kelantan, termasuklah wakil daripada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Kelab Remaja ISMA (KRIM) , Kelab Anak Hebat Malaysia ( NAZIM ) dan Wanita ISMA sendiri. 

Antara aktiviti yang dijalankan  termasuklah pembentangan  asas-asas dan teknik-teknik yang betul dalam penulisan berita oleh Saudari Noor Kamaliah Binti Shahariah,Jawantankuasa Media Wanita ISMA Pusat.

Setiap peserta juga telah dipertanggungjawabkan menyiapkan satu contoh liputan berita mengenai isu-isu semasa. Sesi sidang Media juga turut diadakan bagi mendedahkan kepada peserta keadaan sebenar tugas sebagai wartawan.

Sehubungan dengan itu, Imam Bukhari adalah contoh terbaik dalam ketelitian beliau mengumpul hadis ( maklumat ).
Oleh itu, penulis berita perlulah memahami dan menguasai fakta-fakta  serta memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam mengolah dan menyampaikan berita untuk menarik minat pembaca. 

Album ;

 Wartawan Media Wanita ISMA, PEMBINA,KRIM  dan NAZIM Cawangan Kelantan


Sesi Sidang Media bersama Ketua Wanita ISMA Cawangan Kelantan

 Para peserta sedang mendengar penerangan oleh Saudari Nor Shahida
 

 Sesi Pembentangan bersama Saudari Noor Kamaliah




Disediakan oleh :

  


















No comments:

Post a Comment