29 Julai, Besut – Bertemakan “ Riadah kerana Allah swt, Badan Sihat dan Berkualiti ”, beliawanis PEMBINA cawangan Kelantan telah mengadakan program kembara mendaki Bukit Keluang, Besut, Terengganu.
Program kembara ini diadakan bertujuan membina jati diri para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti mendaki bukit. Di samping itu juga, program kembara ini telah melibatkan para beliawanis seramai 68 orang yang berada di seluruh negeri Kelantan khususnya pelajar-pelajar IPT. Justeru itu, mereka dapat berkenalan di antara satu sama lain dan saling bertukar buah fikiran.
Program kembara ini diserlahkan lagi dengan pengisian yang di sampaikan oleh Saudari Nordie Hashim yang merupakan Jawatankuasa Biro Promosi dan Garapan PEMBINA cawangan Kelantan.
Beliau menyatakan kekuatan belia itu sendiri adalah bergantung kepada sejauh mana mereka bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah swt. Para beliawanis perlu belajar dengan kejadian alam yang indah ini kerana Allah swt tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia.
Justeru itu beliau menyeru para beliawanis di luar sana, gunalah masa muda ini dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikan.
Beliau mengingatkan juga kepada para beliawanis dengan kehadiran bulan yang lebih baik dari seribu bulan iaitu bulan Ramadhan. Beliau mengajak para beliawanis untuk memperbanyakkan amalan di bulan ini serta jauhi dari melakukan perkara maksiat dan hindari dari melihat atau mendengar perkara yang sia-sia.
Alhamdulillah, program kembara ini telah berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kecederaan. Terima kasih kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.
Koleksi Gambar disepanjang program :
Langkah bermula.
Memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Semangat juang yang tinggi.
Saling bantu-membantu.
Perjalanan yang mencabar untuk samapai ke puncak bukit.
Alhamdulillah, akhirnya sampai di puncak Bukit Keluang.
Subhanallah, pemandangan yang indah dari puncak Bukit Keluang.
Subhanallah sangat indah.
Sebahagian peserta yang telah berjaya sampai.
Mereka juga telah berjaya sampai.
Disediakan oleh:
Noor Aisyah Bt Ismail@ Hassan
Wartawan Media PEMBINA.
Siti Aisyah Bt Mat Rani
Nurul Sakinah Bt Hassan
Jurufoto Media PEMBINA
Nor Shahida Abd Gani
Editor















No comments:
Post a Comment