Assalamuailaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kami berjaya juga sampai ke Gua Musang walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu.
Kami bertolak pada jam 5.30 petang, dari Kok Lanas. Di pertengahan perjalanan keadaan cuaca berubah menjadi hujan lebat, kesukaran kami tempuh jua dengan izin Allah swt.
Alhamdulillah, kami sampai di rumah Saudari Nordie Hashim dengan selamat. Kami disambut dengan ramah oleh keluarganya. Amalan memuliakan tetamu amatlah dituntut dalam agama Islam.
Keesokannya, kami bertolak ke Sungai Stong. Perjalanan ke Sungai Stong mengambil masa 30 minit dari rumah Saudari Nordie. Lokasi ini merupakan tempat rekreasi bagi penduduk setempat.
MasyaAllah, setibanya kami di Sungai Stong, kami terpana seketika dengan kejernihan air sungai, batu-batu sungai yang pelbagai bentuk dan saiz serta keindahan alam yang cukup mengasyikkan.
Tahniah di ucapkan kepada Saudari Aisyah kerana berjaya menangkap seekor ikan kelah dengan hanya menggunakan tangannya. Skill yang bagus untuk kita semua pelajari. Kami bersyukur atas rezeki ini. Ikan itu disiang dan di bakar. Nikmatnya dapat makan ikan yang segar dari sungai.
Seterusnya, masa kami di isi dengan slot tazkirah yang disampaikan oleh Saudari Nordie yang bertajuk “Manisnya Ukhuwah”. Kami membuat sedikit kelainan kali ini. Pertama kali kami mendengar tazkirah di dalam sungai. Sungguh menenangkan minda.
Saudari Nordie menekankan bahawa ukhuwah yang di bina hanya kerana Allah swt tiada kepentingan peribadi amatlah istimewa.
Bila gembira suka bersama, bila sedih menangis bersama, bila lalai diperingatkan, bila terasa hati berlapang dada. Ya itulah yang kita dapat rasakan bila berukhuwah kerana Allah swt.
Selesai sesi tazkirah, kami dijamu oleh keluarga Saudari Nordie dengan raja buah kesukaan ramai. Kami menikmati buah durian yang cukup enak.
Kami bertolak pulang ke Kok Lanas pada sebelah petang. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di lokasi paling terindah dalam hidup kami. Ciptaan Allah swt yang tiada bandingan. Lokasi tersebut ialah Gunung Stong di Dabong.
Subhanallah pertama kali melihat terus terdetik di hati, hebatnya Allah lemahnya manusia. Kesombongan manusia pasti jatuh dengan kehebatan Allah swt.
Alhamdulillah, kami bersyukur pada MU, Ya Allah atas perlindungan yang Engkau berikan. Terima kasih tidak terhingga pada Keluaga Saudari Nordie atas layanan yang diberikan. Moga mereka dilimpahi rahmat dari Allah swt. Tidak lupa juga kepada semua peserta kembara ini terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Disediakan oleh :
Noor Aisyah Ismail
Wartawan Media Wanita ISMA Kelantan
Nordie Hashim
Jurugambar
Nor Shahida
Editor
Disediakan oleh :
Noor Aisyah Ismail
Wartawan Media Wanita ISMA Kelantan
Nordie Hashim
Jurugambar
Nor Shahida
Editor





No comments:
Post a Comment