BESUT, 30 Oktober 2011- Akhlak yang mantap merupakan kunci utama dalam membentuk keperibadian seorang daei serta tunjang dalam mengembangkan dakwah.Kem Daie Cemerlang telah dilaksanakan baru-baru ini. Kem ini bertujuan memberi pengetahuan tentang peranan seorang daei di zaman yang penuh cabaran ini. Kem ini telah berlangsung dengan kehadiran seramai 33 orang peserta beliawanis.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah permainan ukhuwah, muhasabah diri dan pengisian yang bermanfaat.
Tazkirah Maghrib dan Subuh telah membuka minda tentang kekuatan daie dan peserta telah menyelusuri sejarah keunggulan Rasulullah s.a.w sebagai murabbi yang teragung sepanjang zaman.
Oleh itu, wahai saudaraku sekalian, marilah kita bersama-sama menyambung kembali rantai perjuangan Rasulullahs.a.w .Semoga anggota badan kita dapat menjawab setiap pertanyaan Allah tentang tujuan penciptaan kita di dunia ini dalam
surah Al-imran ayat 110 “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…)
Kata-kata dari Sang Murabbi terkenal, KH Rahmat Abdullah;
“Teruslahbergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan bersamamu.
Disediakan oleh :
Siti Khairun Nisa Tajuddin
Wartawan Beliawanis PEMBINA Kelantan
08/2011
Nor Shahida Abd Gani
Editor Media Wanita ISMA Kelantan
01/2011
salam tarikh silap....:)
ReplyDelete