Thursday, 6 October 2011

Akhlak yang mantap mesti ada pada semua yang bergelar DAEI.

BESUT, 30 Oktober 2011- Akhlak yang mantap merupakan kunci utama dalam membentuk keperibadian seorang daei serta tunjang dalam mengembangkan dakwah.

Kem Daie Cemerlang telah dilaksanakan baru-baru ini. Kem ini bertujuan  memberi pengetahuan tentang peranan seorang daei di zaman yang penuh cabaran ini. Kem ini telah berlangsung dengan kehadiran seramai 33 orang peserta beliawanis.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah permainan ukhuwah, muhasabah diri dan pengisian yang bermanfaat.

 Tazkirah Maghrib dan Subuh telah membuka minda tentang kekuatan daie  dan peserta telah menyelusuri sejarah keunggulan Rasulullah s.a.w sebagai murabbi yang teragung sepanjang zaman.

Seterusnya, Slot pengisian  telah menyentuh tentang Pengurusan Halaqah yang berjaya. “Pendakwah  perlu menjadi kaunselor dan pendengar setia kepada golongan sasarannya bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu sahaja”, antara tips yang telah dikongsi oleh Cik Nor Shahida binti Abd Gani, Setiasuaha Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ) Kelantan.

Muwasafat Tarbiyah yang telah diusulkan oleh Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna merupakan tunjang kepada sifat-sifat seorang daie.

Ustaz Osman bin Muhammad, Ahli Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) Kelantan telah menyampaikan  ceramah yang bertajuk “Ciri-ciri yang perlu dipenuhi oleh Seorang Daie ” dalam slot pengisian yang ke-2.

Antara ciri-ciri yang dibentangkan ialah seorang daie perlulah mempunyai akidah yang sejahtera, solat berjemaah, membaca quran dan sentiasa peka dengan masalah umat.


Oleh itu, wahai saudaraku  sekalian, marilah kita bersama-sama menyambung kembali rantai perjuangan Rasulullahs.a.w .Semoga anggota badan kita dapat menjawab setiap pertanyaan Allah tentang tujuan penciptaan kita di dunia ini dalam 
surah Al-imran ayat 110 “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan  untuk manusia, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…)


Kata-kata dari Sang Murabbi terkenal, KH Rahmat Abdullah;
“Teruslahbergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu future menyertaimu.


Disediakan oleh :
Siti Khairun Nisa  Tajuddin
Wartawan Beliawanis PEMBINA Kelantan
08/2011
Nor Shahida Abd Gani
Editor Media Wanita ISMA Kelantan
01/2011

1 comment: